“Kekuatan bukan bila kita tak gagal, tapi bila kita gagal dan jatuh kita masih nak bangun,” - Puan Surita Saad, Penerima Anugerah Sukan untuk Semua Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 Kategori OKU Wanita. 💬
Anugerah Sukan untuk Semua hadir sebagai penghargaan kepada para penggiat yang terus memastikan sukan diperkasakan di segenap peringkat. ⚡️
Kami menjemput seluruh warganegara Malaysia untuk bersama menyertai Anugerah Sukan untuk Semua Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang telah membuka tirai secara rasmi tertakluk kepada terma dan syarat. 🏁
Majlis penyampaian anugerah akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di Pekarangan TM Stadium Nasional, Bukit Jalil. 🏅
Ini pentas anda, ini ruang anda - medan meraikan wira sukan yang mungkin tidak selalu di pentas, tetapi sentiasa berada di lapangan kerana setiap peluh, ada makna. 🫡
Sukan untuk Semua, JBSN Komited 💪
#TeamKBS #JBSNKomited ...