Kontinjen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyertai perarakan bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan Tahun 1448H/2026M yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KBS, Tuan Haji Abdullah Hasan bagi menyemarakkan sambutan penuh barakah ini.
Penyertaan kontinjen KBS menzahirkan komitmen warga kementerian dalam menghayati sirah perjuangan serta menyemarakkan kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Semoga penghayatan nilai-nilai murni yang dicontohkan oleh Baginda terus menjadi inspirasi dan panduan utama buat seluruh warga KBS dalam membudayakan sifat amanah, ihsan, dan integriti semasa melaksanakan tanggungjawab demi agama, bangsa, dan negara.
#TeamKBS #MaulidurRasul2026 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #KBSMalaysia