TERIMA KASIH, SUKMA SELANGOR 2026! 🇲🇾
Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026 melabuhkan tirai selepas berlangsung penuh semangat, persaingan sihat dan semangat kesukanan yang tinggi. Tahniah kepada kontinjen Selangor yang muncul juara keseluruhan dengan kutipan 101 emas, 73 perak dan 71 gangsa, sekali gus melepasi sasaran 80 emas.
Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, yang mewakili Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berangkat ke Majlis Penutupan yang dihadiri Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari serta Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada 9,244 atlet, jurulatih, pegawai, urus setia, sukarelawan, petugas media serta seluruh warga sukan yang telah memberikan komitmen dan menjayakan temasya ini.
...
Suggested Credits
Tags, Events, and Projects