NOTIS PEMAKLUMAN
Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) mengambil maklum dan memahami akan kesukaran untuk memohon sebagai sukarelawan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia 2026.
Isu ini timbul berikutan aliran trafik luar biasa tinggi untuk mengakses Sistem Myprofil di bawah seliaan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).
Tindakan teknikal segera sedang diambil bagi tujuan pemulihan sistem permohonan. Para pemohon juga dinasihatkan untuk kembali mengakses sistem dari semasa ke semasa.
Segala kesulitan yang timbul disebabkan oleh perkara ini adalah amat dikesali. JBSN mengucapkan terima kasih dan menghargai sokongan yang diberikan oleh para sukarelawan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
kbsmalaysia taufiqjohari mordibimol rahimiismail2