facebook pixel
Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari mengadakan lawatan dan perjumpaan bersama atlet, jurulatih, pengurus pasukan serta Persatuan Sukan Kebangsaan bagi acara Sepak Takraw dan Olahraga di MSN Bukit Jalil. Lawatan ini bertujuan meninjau perkembangan latihan serta mendapatkan gambaran semasa mengenai tahap kesiapsiagaan atlet dan pasukan menjelang penyertaan Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail dan Chef de Mission (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, YB Datuk Wira Mohd Sumali Reduan. KBS akan terus memberikan sokongan dan memastikan persiapan kontinjen negara berada pada tahap terbaik bagi menghadapi saingan di pentas Asia. #TeamKBS #AichiNagoya2026 #SukanAsia2026 #SepakTakraw #MalaysiaMADANI MADANIBekerja

 71

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects