Malaysia Aktif Menuju Negara Menua! π₯β‘
Puan Siti Mariam Ahmad Tobias, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU hadir menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar Warga Emas Aktif Siri 2 Tahun 2026 di Ipoh, Perak. π
Berlangsung bermula 4 hingga 6 September, penganjuran seminar adalah bertujuan meningkatkan ilmu dan kesedaran kepentingan penjagaan kesihatan melalui amalan aktiviti sukan dan kecergasan, pemakanan sihat serta pengurusan emosi bagi membentuk warga emas yang kekal aktif, sihat dan berkualiti. π
Penganjuran seminar dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Malaysia juga selari dengan agenda Malaysia MADANI dalam mempersiapkan masyarakat menghadapi perubahan demografi ke arah negara menua menjelang tahun 2030. ποΈ
Usaha ini diharapkan menjadi platform berterusan dalam membudayakan gaya hidup aktif dan sihat, sekali gus memperkukuh persediaan masyarakat ke arah sebuah Malaysia yang bersedia, inklusif dan mesra warga emas. π«Άπ»
Malaysia Sejahtera, JBSN Komited πͺ
#TeamKBS #Team...