Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail menghadiri Majlis Penutup Konvensyen Perkhidmatan Awam 2026 (KOPA 2026) yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam, Selangor.
Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Dato' Mohd Shaiful Ibrahim mewakili Ketua Setiausaha Negara. Membawa tema "Merealisasi Reformasi, Menyantuni Rakyat", KOPA 2026 menjadi platform penting dalam menterjemahkan agenda transformasi, pemantapan tata kelola, dan anjakan paradigma seluruh penjawat awam.
Kehadiran YBhg. Dato’ Rahimi Ismail mencerminkan iltizam dan komitmen kebersamaan KBS dalam menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan organisasi yang tangkas, berintegriti, dan berpaksikan rakyat.
KBS akan terus memperkasa sistem penyampaian perkhidmatannya demi melestarikan pembangunan belia dan sukan negara secara holistik.
#TeamKBS #KOPA2026 #PerkhidmatanAwam #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja