facebook pixel
Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari hadir ke Welcome Dinner sempena APSF Board of Governors Meeting bagi 14th ASEAN Para Games 2027 yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Majlis ini menghimpunkan delegasi ASEAN Para Sports Federation (APSF) serta wakil negara anggota ASEAN sebagai platform memperkukuh kerjasama serantau, mengeratkan hubungan antara negara anggota dan mempertingkat persiapan menuju ASEAN Para Games Malaysia 2027. Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol, Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail serta Timbalan Ketua Pegawai Pengurusan MASOC, Puan Maslina Muhamad Yusof @ Kamarudin. KBS terus komited memperkukuh kerjasama serantau bagi memastikan Malaysia bersedia menjadi tuan rumah ASEAN Para Games 2027 yang cemerlang dan berimpak. 🇲🇾🤝 #TeamKBS #ASEANParaGames2027 #Malaysia2027 #APSF #SukanPa
https://www.instagram.com/p/DdDQ0gxINi7
Posted on Instagram ·

 22

    Suggested Credits

    Credits on Gondola describe each credited role and may be incomplete. A brand or featured person is not necessarily the creator.

    Tags, Events, and Projects