Persiapan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia kini memasuki fasa akhir 🏎️
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026.
Hadir sama Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Encik Azhan Shafriman Hanif.
Persiapan memasuki fasa akhir meliputi kesiapsiagaan litar dan keselamatan, pengurusan trafik dan pengunjung serta aspek teknologi.
Tan Sri KSN menegaskan keperluan semua kementerian dan agensi mempercepat serta memudah cara segala urusan dan kelulusan yang masih tertangguh, di samping memastikan prosedur, keselamatan dan tatacara terus dipatuhi.
Aspek kebajikan dan keselamatan sukarelawan juga diberi perhatian bagi memastikan kelancaran pengurusan acara sepanjang perlumbaan berlangsung.
#TeamKBS #F1Malaysia2026 #Formula1 #RaceDay #SIC MalaysiaMADANI MADANIBekerja