facebook pixel
KEJOHANAN SUKAN TEMPUR KEBANGSAAN, CUNGKIL BAKAT BAHARU NEGARA Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail hadir ke Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil. Lebih 1,800 peserta menyertai kejohanan yang melibatkan lima acara sukan iaitu silat olahraga, taekwondo, wushu, silambam dan muay thai yang berlangsung sejak 3 September lalu. Hadir mengiringi, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN, YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman. Penganjuran kejohanan ini menjadi platform untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat, di samping membuka ruang mencungkil dan mengembangkan bakat baharu sukan negara. Dari gelanggang tempur, lahir bakat yang bakal mengharumkan nama Malaysia. 🇲🇾 #TeamKBS #SukanTempur2026 #BeliaMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
https://www.instagram.com/p/Dc8I5iSkpWR
Posted on Instagram ·

 122

    Suggested Credits

    Credits on Gondola describe each credited role and may be incomplete. A brand or featured person is not necessarily the creator.

    Tags, Events, and Projects