facebook pixel
SATU TAHUN MENUJU SUKAN SEA & PARA ASEAN 2027, MALAYSIA SIAP MENYAMBUT TEMASYA! Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Sekretariat Jawatankuasa Penganjur Sukan Malaysia (MASOC) 2027 hari ini melancarkan Sambutan Kiraan Detik Satu Tahun Menuju Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 di Menara KBS. Majlis disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol yang menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan persiapan menuju temasya berjalan lancar. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi Ismail. Dengan tema ‘Raikan Perpaduan’, penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2027 bukan sekadar medan persaingan sukan, malah menjadi wadah untuk menyatukan rakyat dan menyemarakkan semangat kebersamaan. Detik semakin dekat. Malaysia bersiap siaga. Kita raikan kejayaan! 🇲🇾 #TeamKBS #TeamMASOC #RaikanPerpaduan #SEA2027 #ParaASEAN2027

 96

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects