facebook pixel
MALAYSIA SARONG MUSIC RUN 2026: BUDAYA DISATUKAN, BELIA DIPERKASA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menyertai Fun Walk sejauh 3 kilometer sempena Malaysian Music Run dan Keretapi Sarong 2026 yang berlangsung di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah. Acara berkonsepkan muzik dan pemakaian kain sarong ini menghimpunkan seramai 10,000 peserta dalam suasana penuh meriah bagi meraikan warisan dan budaya tempatan bersempena sambutan Hari Malaysia. Dalam program sama, YB Menteri turut menyerahkan cek cura berjumlah RM200,000 kepada Gerakan Belia 4B Merbok, sebagai sokongan terhadap usaha memperkasa gerakan belia di peringkat akar umbi. Paling mencuri perhatian, Jalur Gemilang gergasi sepanjang 500 meter dikibarkan sempena Hari Malaysia dan disaksikan oleh YB Menteri bersama para peserta serta masyarakat yang hadir. Langkah bersama, budaya diraikan, Jalur Gemilang terus berkibar! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ #TeamKBS #MalaysianMusicRun2026 #KeretapiSarong2026 #SarongRun #HariMalaysia2026
https://www.instagram.com/p/DdWnRf6H1_6
Posted on Instagram ยท

ย 247

ย 2

    Suggested Credits

    Credits on Gondola describe each credited role and may be incomplete. A brand or featured person is not necessarily the creator.

    Tags, Events, and Projects