facebook pixel
KBS PERKUKUH TADBIR URUS DAN KERANGKA PERUNDANGAN SUKAN NEGARA 🏛️ Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Pembinaan Negara Bangsa, Pendidikan dan Pembangunan Sumber Manusia Parlimen Kelima Belas yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Saifudin Abdullah, Ahli Parlimen Indera Mahkota. Mesyuarat memberi tumpuan kepada perincian Rang Undang-Undang Pembangunan Sukan (Pindaan) 2026 sebagai persediaan KBS sebelum cadangan pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576] dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen. Pindaan ini antara lain bertujuan memperkemas kerangka perundangan berkaitan pembangunan dan pentadbiran sukan negara, selaras dengan keperluan semasa serta usaha memperkukuh tadbir urus sektor sukan. Kerangka perundangan diperkemas, tadbir urus sukan terus diperkukuh. 🇲🇾 Foto: Parlimen Malaysia #TeamKBS #PembangunanSukan #TadbirUrusSukan #AktaPembangunanSukan #ParlimenMalaysia MalaysiaMADANI

 22

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects