facebook pixel
KBS PERKUKUH SINERGI BERSAMA KERAJAAN NEGERI, GERAK AGENDA BELIA DAN SUKAN Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari mempengerusikan Mesyuarat Menteri dan Exco Mengenai Pembangunan Belia dan Sukan Bil. 1/2026 yang berlangsung di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya. Mesyuarat ini menjadi platform strategik bagi memperkukuh penyelarasan antara KBS dengan kerajaan negeri dalam memastikan agenda pembangunan belia dan sukan dilaksanakan secara lebih tersusun, inklusif serta memberi impak kepada rakyat. Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol serta Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Dato’ Rahimi Ismail. KBS dan kerajaan negeri terus memperkasa belia dan memacu pembangunan sukan negara. 🇲🇾 #TeamKBS #PembangunanBelia #PembangunanSukan #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

 39

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects