facebook pixel
JASCH LENNART TAWAN GUNUNG JERAI, KUASAI DUA JERSI LTdL 2026 πŸš΄β€β™‚οΈ Peringkat 2 Le Tour de Langkawi (LTdL) Malaysia 2026 sejauh 145.6 kilometer dari Taiping ke Gunung Jerai menyaksikan Jasch Lennart (Tudor Pro Cycling Team) muncul juara selepas menawan puncak Gunung Jerai. Kemenangan itu turut menyaksikan Lennart menyarung Jersi Jingga tajaan KBS sebagai Pendahulu Keseluruhan dan Jersi Polka Dot sebagai Raja Bukit. Matteo Malucelli (XAT) kini menyarung Jersi Biru sebagai Raja Pecut, manakala Yuhi Todome (ART) menguasai Jersi Putih MSN sebagai Pelumba Terbaik Asia. Hadir sama menyempurnakan penyampaian Jersi KBS, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, YBrs. Encik Zurihanmi Zakariya, bersama pegawai-pegawai KBS dan JBS Negeri Kedah. Peringkat 3 esok: Sungai Petani β†’ Kuala Kangsar. Ayuh teruskan sokongan, teruskan semangat untuk LTdL 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸš΄β€β™‚οΈ #LTdL2026 #KitaSemuaTeamMAS #30YearsAndThriving #ChampionRising #RiseToWin

Β 26

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects