Jaga diri, jaga kesihatan dan pastikan tidur cukup,” ujar Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN. 💬
Perhimpunan Bulanan JBSN Bulan September 2026 pada 29 September lepas menjadi platform memperkukuh tekad dan menyatukan langkah seluruh warga JBSN di seluruh negara. 🇲🇾
Dalam amanat kepada warga kerja, beliau menyeru seluruh warga JBSN agar terus memberikan perkhidmatan yang terbaik, pantas dan berintegriti demi memenuhi aspirasi serta keperluan segenap pemegang taruh. 🏁
Berlangsung di Menara KBS, Putrajaya, perhimpunan ini dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan yang mana turut disertai warga JBSN dari seluruh negara. 🔗
Sekalung tahniah juga diucapkan kepada penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik JBSN Bilangan 2 Tahun 2026 atas kecemerlangan yang dizahirkan! Kejayaan anda inspirasi buat kami! 🫡
Demi belia dan sukan, JBSN komited 💪
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
kbsmalaysia taufiqjohari mordibimol rahimiismail2