Pengukuhan perjawatan pacu penyampaian perkhidmatan gemilang! 🔥⚡️
Sesi perbincangan melibatkan perjawatan di bawah seliaan JBSN telah berlangsung di Pusat Belia Kepala Batas (KBYC), Pulau Pinang. 💪
Pertemuan ini diadakan bagi meneliti dan memperincikan keperluan perjawatan, khususnya bagi memastikan struktur organisasi dan keperluan tenaga kerja selari dengan tuntutan operasi serta penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap. 💼
Usaha ini dipacu menerusi komitmen pelbagai pihak termasuklah JBSN, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KBS, Bahagian Akaun KBS serta Bahagian Perjawatan dan Organisasi JPA. 🤝
Sesi yang turut dihadiri Ketua Pengarah JBSN, Puan Azura Abidin ini berkesempatan mengadakan lawatan di KBYC bagi meninjau kemajuan projek pembangunan yang kini berada di fasa akhir pelaksanaan. ⏳
Perjawatan diperkukuh, fasiliti diperkasa, belia terus diberdaya! 🔥
Demi belia dan sukan, JBSN komited! ⚡️
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda