facebook pixel
Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari mengiringi YAB Perdana Menteri, Datoโ€™ Seri Anwar Ibrahim bersama YB Steven Sim Chee Keong meninjau fasiliti di G Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC), yang menempatkan sebahagian besar pemegang tiket MADANI sempena Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026. Dalam tinjauan tersebut, YB Menteri turut menyantuni para peminat Formula 1 (F1) dari dalam dan luar negara serta melawat tapak Karnival Litar Rasa MADANI yang menghimpunkan kira-kira 40 peniaga tempatan dengan pelbagai pilihan kulinari dan makanan ringan untuk para pengunjung. Penganjuran Karnival Litar Rasa MADANI menterjemahkan komitmen kerajaan menerusi kerjasama erat antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta agensi-agensi berkaitan. Inisiatif ini membuktikan bahawa penganjuran sukan bertaraf antarabangsa bukan sahaja memartabatkan imej sukan negara, malah turut menjadi pemacu pertumbuhan ekon...

ย 147

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects