Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol, hadir menyaksikan perlawanan All-Star yang menampilkan barisan pemain Premier League Legends dan World Legends di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Antara legenda bola sepak yang beraksi termasuk Steven Gerrard, Michael Owen dan Ryan Giggs.
YB Timbalan Menteri turut bersama barisan pemain Premier League Legends meraikan kemenangan selepas mereka menewaskan World Legends dengan keputusan 7-6 dalam aksi yang berlangsung penuh dramatik.
Kehadiran YBTM mencerminkan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terhadap penganjuran acara yang menyemarakkan minat terhadap sukan bola sepak, selain mendekatkan legenda bola sepak antarabangsa dengan peminat tempatan. ⚽️🏆🇲🇾
#TeamKBS #PremierLeagueLegends #AllStar #Football #MalaysiaMADANI