facebook pixel
Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBrs. Puan Chan Hong Jin hadir mewakili Ketua Setiausaha KBS bagi memeriahkan malam kemuncak Citrawarna Speed Festival 2026 di IOI City Mall, Putrajaya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Dianjurkan oleh Tourism Malaysia, festival ini mencapai kemuncaknya menerusi Colours of Parade, yang menghimpunkan seramai 1,500 penari dan penghibur dari seluruh negara bagi menampilkan kekayaan warisan, tradisi dan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia dalam satu pentas. #TeamKBS #CitrawarnaSpeedFestival #GrandPrix2026 #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja

 85

 1

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects