facebook pixel
HSN 2026 SARAWAK SATUKAN MASYARAKAT MELALUI SUKAN DAN GAYA HIDUP AKTIF 🇲🇾 Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol menghadiri Majlis Perasmian Hari Sukan Negara (HSN) 2026 Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Dewan Panglima Rentap, Betong. Sambutan ini menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan menerusi Larian Ria MADANI 5KM dan Berjalan Ria MADANI 2KM, sekali gus menggalakkan amalan gaya hidup aktif serta sihat dalam kalangan komuniti. Penyertaan dalam aktiviti sukan dan rekreasi bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah mengeratkan hubungan antara masyarakat serta memperkukuh semangat perpaduan melalui penglibatan bersama. Program turut dimeriahkan dengan persembahan seni mempertahankan diri seperti silat, kuntau dan taekwondo, selain cabutan bertuah serta pameran agensi kerajaan. Hadir sama, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, YB Datuk Gerald Rentap Jabu. #TeamKBS #HSN2026 #HSNSarawak #MalaysiaMADANI #M...

 54

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects