facebook pixel
Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato’ Rahimi bin Ismail hadir menyempurnakan Program Jelajah Kuasa Orang Muda anjuran Impact Malaysia di Universiti Selangor (UNISEL), Kampus Shah Alam. Inisiatif nasional di bawah payung Rakan Muda ini bertujuan memperkukuh literasi politik, demokrasi dan kepimpinan dalam kalangan belia, sekali gus membentuk generasi muda yang berpengetahuan, berfikiran kritis serta mampu membuat keputusan secara matang dan bertanggungjawab. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated, Encik Ahmed Faris bin Amir. #MADANIBekerja #KBSMalaysia #KitaSemuaTeamMAS #TeamKBS #JelajahKuasaOrangMuda

 43

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects