facebook pixel
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol, hadir menyempurnakan Program Peka Rasa Peringkat Negeri Sarawak yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lake, Bau, Sarawak. Program ini memberi tumpuan kepada advokasi sosial menerusi kempen “Gerakan Anti Buli Oleh Belia, Untuk Belia” melalui inisiatif Jelajah Sekolah, bagi meningkatkan kesedaran tentang kesan negatif perbuatan buli serta memupuk nilai hormat-menghormati dalam kalangan pelajar. Inisiatif ini turut memperkasa peranan pelajar dalam membina persekitaran sekolah yang selamat, harmoni dan bebas daripada buli. Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada para pelajar sebagai tanda sokongan KBS terhadap penglibatan aktif pihak sekolah dalam menjayakan usaha advokasi anti buli di peringkat akar umbi. #TeamKBS #BeliaMADANI #MalaysiaMADANI #RancakkanMADANI

 21

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects