Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari menghadiri Majlis Peralihan Pentadbiran dan Reformasi Institusi Parlimen Malaysia yang berlangsung di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia.
Majlis yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim itu diadakan bersempena dengan pelaksanaan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 sebagai langkah untuk memperkukuh kebebasan serta fungsi Parlimen sebagai institusi legislatif tertinggi negara.
Hadir sama, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Tuan Mordi Anak Bimol.
KBS menyokong usaha reformasi institusi yang berteraskan tatakelola baik, kemampanan dan kesejahteraan, selaras dengan prinsip Malaysia MADANI.
#TeamKBS #MalaysiaMADANI #ReformasiInstitusi #ParlimenMalaysia #MADANIBekerja