Penyimpanan bahan mentah di dalam chiller sangat penting untuk memastikan kesegaran, kualiti dan keselamatan makanan sentiasa terjaga. Susunan yang betul juga membantu mengelakkan pencemaran silang antara bahan mentah serta memudahkan proses pemantauan stok. Selain itu, penggunaan chiller mengikut SOP dapat memanjangkan jangka hayat bahan, mengurangkan pembaziran dan memastikan setiap hidangan yang disajikan kepada pelanggan berada pada tahap kualiti yang terbaik. #cafeserambi #ustazlah
Suggested Credits
Tags, Events, and Projects