Perjalanan ke Kampung Sungai Tiang bukanlah mudah. Kami menempuh dua jam perjalanan menaiki bot, menyusuri tasik demi menyampaikan bantuan kepada masyarakat orang asli yang jarang mendapat keperluan harian dari pekan berdekatan. Setibanya di sana, senyuman riang anak-anak di sana menyambut kehadiran kami, menghilangkan rasa penat dan lelah. Dalam misi ini, kami bawakan kit Syahadah, kit jenazah, dan infaq keperluan makanan berupa bahan kering, dan mengagihkan makanan yang kami masak pagi tadi. Saat melihat suasana di sana, ia membuka mata dan jiwa kami, bahawa masih ramai saudara yang memerlukan kita. Alhamdulillah, kit Syahadah juga berjaya disampaikan kepada saudara Muslim di kampung ini. Semua ini terhasil daripada sumbangan RM1 anda yang tidak pernah putus berkongsi rezeki dalam Misi Kembara Syahadah. Terima kasih atas sokongan, doa, dan kepercayaan anda semua. Semoga Allah memberkati setiap langkah dakwah kita untuk terus membantu mereka yang memerlukan. #ustazlahofficial #abdul...
Suggested Credits
Tags, Events, and Projects