facebook pixel
𝐉𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 & πˆπ‹πŒπ” @ π’πˆππ†π€ππ”π‘π€ : πŒπ€π’π‰πˆπƒ 𝐀𝐍-ππ€π„π„πŒ, π‡πŽπ”π†π€ππ† πŸ‡ΈπŸ‡¬ Alhamdulillah, perjalanan ilmu diteruskan ke destinasi kedua, iaitu Masjid An-Naeem, Hougang. MasyaAllah, sungguh luar biasa sambutannya! Perkarangan masjid dipenuhi ribuan jiwa yang dahagakan ilmu dan rindu untuk bersama dalam majlis yang menghidupkan jiwa. Malam semalam, UstazLah berkesempatan berkongsi berkenaan β€œWatak Ayah Akhir Zaman”, tentang peranan seorang ayah dalam membimbing keluarga menuju redha Allah di tengah cabaran zaman moden. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan Masjid An-Naeem atas layanan penuh mesra serta peluang indah untuk bersama warga Singapura, khususnya sekitar Hougang. #abdullahrazak #UstazLahOfficial #islamik #dakwah #fyp

Β 5.7k

Β 440

Β 11

Β 20

Β 5.7k

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects