Kerajaan sedang meneliti kemungkinan mengubah skala atau lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2026 susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan termasuk Putrajaya dan Kuala Lumpur. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengadakan perbincangan bersama kementerian dan agensi berkaitan bagi menentukan langkah yang perlu diambil, termasuk sama ada sambutan 31 Ogos diteruskan di Dataran Putrajaya atau dipindahkan ke lokasi lain. #buletindisuria #suriamalaysia #suriamuzikdanjiwa
Suggested Credits
Tags, Events, and Projects