facebook pixel
Penjaga gol Palestin, Saleem Al-Ashqar, 32 tahun dilaporkan terbunuh awal minggu ini di Semenanjung Gaza akibat tembakan yang dilepaskan tentera Israel. PFA turut memaklumkan bahawa Al-Ashqar merupakan antara ratusan individu dalam arena sukan Palestin yang terkorban, termasuk lebih 1,000 atlet Palestin, sejak perang yang disifatkan sebagai pembunuhan beramai-ramai bermula pada Oktober 2023. Al-Ashqar baru mendirikan rumah tangga lima bulan lalu, manakala isterinya kini sedang hamil anak sulung mereka. Pemergian beliau mencetuskan gelombang kesedihan dalam kalangan ahli keluarga, rakan sepasukan serta komuniti sukan Palestin dan masyarakat antarabangsa. #buletindisuria #suriamalaysia

 94.8k

 8.2k

 490

 628

 94.8k

    Suggested Credits
    Tags, Events, and Projects